Tuesday, September 29, 2009

Alah Bisa tegal biasa =)


Pelbagai perkara yang saya pelajari sepanjang saya berkerja di kedai komputer mak saya ni. Almaklumla semua benda kene buat sendiri, kerana pekerjanya hanya seorang sahaja. jd kalu sebelum ini Sufi tak geti nak format komputer, nak wat share printer, fotostat (sikit-sikit), dll. tp sekarang, sejak kena jaga kedai niii, jd nak ke tak nak ke, mesti kene belajar. then today i know every thing yang basic la cthnye mcm format com, share printer, share fail, photostat (depan belakang, atas bawah dan mcm2 la customer nii nak), binding, laminate dll.

penggunaan internet atau komputer lak mcm2 aku dengar,

bang 1 jam
2 jam
3 jam
@ open (main sampai lebam)

dan ader tuu sampai nak main rm10byk gak duit budak2 niii, aku pun kalu nak guna komputer tak tahan lama-lama 1 jam pun rasa nyer dah merah mata niii. tp lepas niii org lain la jaga sbb aku akan reg utk sambung degree pertengahan okt nii, sapa ganti utk jaga kedai nii not sure lagi. walau apaer pun memang satu pengalaman berharga apebile dpt berkerja niii, almaklumla ni my first time kerja, sbb lepas spm dulu tak sempat nak keje sbb abih spm, amik lesen kereta, pastu p kursus komputer, then terus masuk college. jd aper yang nak aku campaikn walaupun benda2 yg kita tak pernah buat, sampai satu masa nti, kalu terpaksa kite kene wat gak.

'alah bisa tegal biasa'

blog kedai
CLICK here



POWER by Streamyx :)

Pembekal alat2 tulis

Nur Akrab Enterprise


Photostat, Laminate, Binding, FAX (mcm2 ader)


Sebahagian komputer utk melayari Internet


Budak2 yg tak abis2 GAME

"Keperluan Anda Keutamaan Kami"

SuFi

Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang

Kedua-dua pari telah pun membuat penggumuman calon masing-masing.
Pas meletakkan Pesuruhjaya Negeri Sembilan sebagai calonnya iaitu Saudara Zulkifli Omar.
Barisan Nasional pula melatakkan bekas Menteri Besar N9, Tan Sri Isa Samad.

Secara personal, memang saya akui bahawa saya pernah berkerja bersama rakan-rakan lain semasa pilihanraya ke-12 yang lepas di kawasan Lenggeng yang mana calon Pas ialah Saudara Zulkifli Omar. Beliau sememangnya seorang yang berpendidikan tinggi, tidak sombong dan sentiasa mendengar apa setiap pandangan yang diutarakan oleh kami.


Pendidikan Sdr. Zulkifly Mohamad bin Omar (PAS)
Lulusan Sarjana Master in Science dari Universiti Putra Malaysia
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (UiTM)

Pendidikan Tan Sri Mohd Isa bin Hj. Abd Samad (BN)
Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson
kemudiannya bersekolah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur
Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya
Bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak, Seremban


Sekarang terpulangla kepada Masyarakat kawasan Bagan Pinang untuk membuat penilaian siapakah yang bakal memimpin mereka.

SuFi

Saturday, September 26, 2009

Hari Raya Aidilfitri 1430H

Alhamdullillah,

Syukur kehadrat Allah SWT diatas anugerah nikmat kesihatan, keselamatan, dan dipanjangkan umur sehingga dapat menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan pada tahun ini dan dapat bertemu dengan bulan Syawal dalam meraikan kejayaan setelah menempuhi ibadah puasa di Bulan Ramadhan ini dengan jayanya.

Pada Hari Raya Aidilfirti ini Sufi ingin mengambil kesempatan untuk memohon

Maaf Zahir dan Batin

kepada semua Kawan2 yang mengenali Sufi dan blogger2 yang sudi menggunjungi blog ini. Sufi mintak maaf kerna tak dpat mengunjungi rumah sahabat2 sekalian sbb kekanggan masa yang terlalu limited edition, then sekadar merapatkan ukhuwah antara kita dgn melawat blog masing2. hehehe....

kepada kawan2 sekalian jika ader kesempatan tuu, jemput la datang ke umah sufi
d' Malacca.

Bye2 :)


SuFi

Saturday, September 12, 2009

Shopping Hari Raya.... HOREY!



Pejam celik pejam celik, tahu-tahu sekarang kita sudah berada di penghujung ramadhan. seperti biasa semua orang sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dan aku juga tak terkecuali.

Baju melayu tak sempat untuk disiapkan sebelum hari Raya ini. huhuhu..... nampaknya terpaksalah aku memakai baju raya tahun lepas, but it's OK sbb lagipun org semua bukan nyer tahu tuu baju tahun lepas, sbb aku jarang pakai dan menyebabkan ia kelihatan masih elok dan mcm baju baru.


Dataran Pahlawan Shopping Center



Mahkota Parade Shopping Center

Di Melaka nii, antara tempat shopping yang selalu aku pergi, kalau nak beli baju biasanya di Jaya Jasco atau Dataran Pahlawan, tp kalu nak beli kasut di Mahkota Prade, sbb byk pilihan di sana. Disebabkan satu perkataan yang menghantui aku jika aku ke shopping complex iaitu 'SALE' menyebabkan aku rambang mata untuk membuat pilihan, dan akhirnya untuk baju t-shirt pulak, emm... 2 helai baju kemeja, 2 helai t-shirt dan 2 helai Seluar. untuk raya kali ini kene berjimat sikit sbb nak spend money for my degree nti Nov ni, lepas raya InsyaAllah. Kasut dan accessory lain tak beli sbb ia masih ada dan boleh dipakai lagi. Jgan membazir, membazir itu amalan Syaitan... (Pesanan untk diri sendiri dan kalian semua).

Tapi jagn pulak kita lupa bahawa diakhir ramadhan ini, hendaklah kita meningkatkan lagi amalan kita dan semoha kita dapat bertemu dengan malam lailatulqadar iaitu beribadah dimalamnya seperti kita beribadah selama lebih 83 tahun. bersama-sama lah kita berdoa agar dapat diketemuakan dengannya...

SuFi

Wednesday, September 9, 2009

Happy Birthday....



Genaplah umur ku yang ke-21 pada 10 september 2009.


Semoga aku diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk melalui liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini dan dianugerahkan nikmat kesihatan dan dipanjangkan umur didalam ketaatan kepada Allah SWT...

Sufi

Friday, September 4, 2009

Pilihanraya Kecil Lagi...

PILIHANRAYA KECIL LAGI!!!!.....

Al-Fatihah kepada ADUN Bagan Pinang AlMarhum Azman Mohd. Nor

Disini keputusan pilihanraya PRU-12 bagi Parlimen Teluk Kemamang dan Kawasan DUN yang terletak di parlimen Tersebut CHUAH, LUKUT, BAGAN PINANG, LINGGI, PORT DICKSON.
klik SINI

Sedikit maklumat berkaitan pecahan penggundi-penggundi DUN Bagan Pinang.



Gelagat Penyokong-penyokong Parti-parti yang bertanding


Undi anda adalah RAHSIA...


Diharap agar penggundi-penggundi kawasan Dewan Undanggan Negeri Bagan Pinang dapat membuat pilihan sebaik mungkin siapakah bakal pemimpin yang akan menerajui kepimpinan kawasan itu nanti...

Anda Pencorak masa depan...
Setiap Undi anda akan dipersoalkan kelak...




Tuesday, September 1, 2009

Muhasabah CINTA

C.I.N.T.A

wahai pemilik nyawaku

betapa lemah diriku ini
berat ujian dariMu
ku psrahkn smua padaMU
Tuhan baru ku sedar
indahnya segala nikmat pemberianMu itu
tridak aku brsyukur diatas anugerah Mu itu
kini ku harapkn cintaMU
kata-kata cinta terucap indah
mengalir brzikir dikudus doaku
dugaan yg kurasa biar jadi penawar dosaku diatas kealpanku selama ini
butir-butir cinta air mataku
teringat semua yang Kau beri untukku
ampuni khilaf dan salah slama ini ya Ilahi
muhasabah cintaku
Ya Allah...

Cinta yang abadi Hanya kepada yang selayaknya,
Cinta yang telus, jujur, ikhlas hanya kepada Mu, ya Allah.

Cinta kepada manusia penuh dengan kepura-puraan...