Saturday, December 12, 2009

Akhirnya KAHWIN jugak aku.....


dengan tajuk yang macam ini, waaaa..... boleh mendatang controversi....
hahahaha.....
meh, meh..... baca.

pada 12 Disember 2009 lepas, a.k.a semalam aku sekeluarga telah bertandang ke majlis perkahwinan AKU punya sepupu....
hehehe.... di muar.

setelah 3 tahun mereka bertunang, akhirnya berakhir juga ke jinjang pelamin. Tahniah aku ucapkan.... Selamat Pengantin Baru dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. dan semoga Allah kekalkan kebahagiaan mereka berdua setelah pelbagai pahit dan manis yang telah korang lalui selama ini...

tetapi bagaimana dengan akuuu.... ops... lambat lagi laaa nampaknya dan belum terlintas lagi untuk aku memikirkan semua ini.

tetapi setelah melihat saat2 akad nikah semalam, aku pulak merasa nervous nyerr... heeee..... punya laa ramai org tengok, tba2 pulak ada seorg pakcik ini yang sibuk menghulurkan mic. pehhh sumer yang dtg semalam menjadi saksi akad nikah nya... manataknyer juru nikah sampai lewat dlm pukul 11.00pg, then time tuu tetamu sudah mula tiba untuk jamuan makan dan majlis pernikahan bermula pada pukul 11.30 pg.

Maka ramai laa mendengar dan melihat majlis pernikahan itu berlangsung.

Kami sekeluarga tiba agak lambat dlm pukul 10.30 am
yee laaa, kalu nak d ikutkan sepatutnya kaum kerabat sedara mara dtg laa awal kan.
ehehehe...

sempat bergambar sebelum bertolak....


Pasangan pengantin ditengah-tengah.
sepupu aku adalah pengantin perempuan tuuu....




SuFi

bercuti di kampung...

entetan dari posting sebelum ini,dlm posting kali ini, ingin sangat sufi berkongsikan cerita yg pelik tapi benar... hahaha.... pada sabtu lepas (semalam) aku balik ke kampung d umah nenek yang tidak berapa jauh dari umah aku tak sampai 1km jerr.
huhuhu...


sedang bersiar2 aku terjumpa sebtg pokok papaya yang agak pelik buahnya kerana ia berbentuk bujur dan lonjong dan panjang dan tak gemuk.

hahaha.....
ni dier....

ni pokok nyeerr....

ke biasaannya buah betik berbentuk seperti ini
sedapnyerr.... buah betik kalu dah betul2 masak. manis rasanyaa....
sreeppp.... =)




SuFi

Tuesday, December 8, 2009

dEstinasi pErcutian

Assalamualaikum....
sememangnya menjadi kebiasaan pada musim cuti sekolah maka ramailah yang akan pergi bercuti. begitu juga dengan aku, masih mencari2 kemana destinasi yang akan di tujui untuk menghabiskan baki cuti sekolah pada tahun ini...
pada tahun ini aku sekeluarga bercuti agak lambat memandangkan adik aku mengambil peperiksaan SPM...
Any suggestion dari bloger sekalian, ke mana destinasi yang menarik d malaysia ini sempena menyokong kempen 'cuti2 malaysia'... and Safe budget.

Penang

Terengganu

Port dickson

or other place...

SuFi