Saturday, May 1, 2010

Minggu EXAM


Assalamualaikum.... Setelah lebih kurang 14 minggu penuh dengan class, lab, tutorial, phase test, lab report dan lain2 lagi, akhirnya tiba laaa
minggu FINAL EXAM.


Untuk semester ini, iaitu SEM 3 nii, antara subject yg ada final exam adalah
Engineering Math 3
Network Analysis

Electronic 2

Intro. to Microprocessor

Measurement and Instrumentation 1

Quran dan Sains moden

dan satu subject yg x der Exam
Technical Communication


Sepanjang minggu peperiksaan ini, pihak komuniti surau, UniKl BMI telah mengadakan solat hajat untuk memohon agar dipermudahkan untuk study, menjawab exam, dan seterusnya mendapat keputusan yg cemerlang. InsyaAllah...

Tetapi jgn la hanya mengingati Allah ketika susah sahaja... kerana sesungguhnya ketika kita senang, lagi laa dituntut untuk mensyukuri akan nikmat kesenangan tersebut.
Firman Allah:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kpd mu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-ku) maka sesungguhnya azabku sangat pedih" Ibrahim:7


Kita perlu saling beringat bahawa ketika mencari kesenangan dunia atau rahmat yang tidak kekal ini, kita jangan lupa untuk meraih kesenangan dan rahmat yang kekal di akhirat kelak...
pesanan untuk diri ini dan kepada semua pembaca...

Salam IMTIHAM... kepada semua
Sufi