Thursday, August 14, 2008

C.I.N.T.A


Apa itu cinta. Secara peribadi, pengalaman lepas telah banyak mengajar diri ini untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Hadirnya seseorang, yang bergelar wanita dalam diri ini dan tanpa disedari perasaan aku terhadapnya rupa-rupanya bukan sekadar kawan, malah seorang insan yang sangat istimewa dan telah bertakhta di hati ini sejak pertama kali perkenalan kami. Tapi sangat sukar bagi diri ini meluahkan isi hati yang tulus dan ikhlas kepadanya. Bagi aku, cinta bukan perkara yang boleh dimain-mainkan. Secara ikhlasnya inilah pengalaman pertama bercinta yang aku lalui.

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa. Maka segala-galanya terletak ditgn anda pilihlah dengan menggunakan mata hati dan iman bukan mata hati yang penuh dengan nafsu yang akan merosakkan keturunan.
Bagi insan yang masih mentah ini, lebih-lebih lagi dalam menempuhi dan menjalani liku-liku dan cabaran kehidupan yang penuh pancaroba ini, sudah tentu aku masih mencari-cari apakah sebenarnya yang dikatakan cinta ini. Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta itu menyeronokkan dan membuatkan kita berasa gembira. Tapi adakalanya cinta akan membuatkan kita berasa sedih, "Hari tidak sesalunya cerah, adakalanya ia akan mendung" jadi sediakanlah payung sebelum hujan. apabila memasuki bab yang di namakan cinta, semestinya kita hendaklah bersedia untuk diterima atau pun tidak. Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Bagi diri ini, buat masa ini insan yang paling berharga dan dicintai adalah bonda yang tercinta, dan tiada manusia lain yang dapat menggantikan insan yang telah melahirkan aku kedunia ini dan yang telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang selama ini. Dan cinta yang hakiki dan kekal abadi adalah Allah , Ia kekal selama-lamanya dan cinta kepada Allah adalah cinta yang sebenar.


Wednesday, August 6, 2008

Masa depan negara Malaysia di tangan pemuda hari ini

Dewasa ini, pelbagai berita yang telah menggemparkan negara kita antaranya masalah kenaikkan harga minyak ynag mendadak, kepincangan yang berlaku di dalam parti pemerintah negara (UMNO), dan tidak lupa juga khabar-khabar angin yang menyatakan pucuk pimpinan negara akan jatuh ke tangan pakatan pembangkan yang terdiri dikalangan PAS, PKR, dan DAP. Tidak dilupakan juga krisis bekalan makanan dunia yang semakin teruk.

Walaubagaimana, terdapat satu masalah besar bukan sahaja di Malaysia malahan semua negara di dunia ini dan ia perlu dipandang serius dan diambil tindakan dengan segera sebelum ia menjadi lebih parah iaitu masalah remaja mahupun belia yang semakin merincing ini. Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia bilangan belia di negara kita ini adalah sebanyak 55% daripada jumlah penduduk di Malaysia.

Maka, pihak kerajaan seharusnya memandang serius masalah-masalah belia remaja di negara ini. Yang lebih membinbangkan lagi kebanyakkan dan boleh dikatakan hampir keseluruhan belia remaja yang membuat masalah ini adalah dari kalangan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Apakah peranan yang dimainkan oleh barisan pemimpin kita pada hari ini, sedangkan majoritinya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Dimanakah laungan yang mengatakan membantu dan memperjuangkan nasib-nasib orang melayu, adakah dengan memberi galakkan dengan penganjuran konsert-konsert, rancangan yang melalaikan dan yang tidak berfaedah ini akan dapat membantu golongan-golongan belia remaja ini berfikiran global dan juga membantu dalam pembentukan jati diri sebagai seorang muslim yang sejati.

Jika kita lihat pada hari ini, kebanyakkan rancangan-rancangan di televisyen yang berbentuk hiburan dan juga melalaikan. Dan ini akan menambah burukkan lagi keadaan, apabila remaja-remaja ini memilih artis yang tidak sopan dan berakhlak sebagai role model mereka. Bukankah contoh terbaik yang boleh dijadikan panduan oleh golongan belia pada hari ini adalah seperti Rasulullah, Zaid al-harith, dan para-para sahabat seperjuangan nabi yang lain.

Apabila kita berjalan di tengah-tengah bandar, kita dapat lihat remaja-remaja yang memakai pakaian yang mengikut artis-artis barat yang terdedah sana-sini, ketat, dan seakan-akan tidak ada lagi nilai-nilai ketimuran yang sepatutnya ada dalam diri setiap orang-orang melayu yang selama ini terkenal dengan sifat dan sikap lemah lembut, sopan, dan juga baik budi pekertinya. Dan kita mesti ingat remaja-remaja pada hari ini lah yang akan mentadbir negara kita ini pada masa akan datang.

"Jika hendak melihat keadaan sebuah negara pada masa akan datang,
lihatlah pemuda-pemudanya pada hari ini"

Wahai sahabat-sahabat sekalian, bangkitlah dari alam yang melalaikan dan yang menghayutkan kita selama ini, jika bukan kita yang merubah nasib kaum sebangsa dan seagama kita sapa lagi yang kita harapkan. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka yang merubahnya.

Sekian.