Thursday, August 14, 2008

C.I.N.T.A


Apa itu cinta. Secara peribadi, pengalaman lepas telah banyak mengajar diri ini untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Hadirnya seseorang, yang bergelar wanita dalam diri ini dan tanpa disedari perasaan aku terhadapnya rupa-rupanya bukan sekadar kawan, malah seorang insan yang sangat istimewa dan telah bertakhta di hati ini sejak pertama kali perkenalan kami. Tapi sangat sukar bagi diri ini meluahkan isi hati yang tulus dan ikhlas kepadanya. Bagi aku, cinta bukan perkara yang boleh dimain-mainkan. Secara ikhlasnya inilah pengalaman pertama bercinta yang aku lalui.

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa. Maka segala-galanya terletak ditgn anda pilihlah dengan menggunakan mata hati dan iman bukan mata hati yang penuh dengan nafsu yang akan merosakkan keturunan.
Bagi insan yang masih mentah ini, lebih-lebih lagi dalam menempuhi dan menjalani liku-liku dan cabaran kehidupan yang penuh pancaroba ini, sudah tentu aku masih mencari-cari apakah sebenarnya yang dikatakan cinta ini. Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta itu menyeronokkan dan membuatkan kita berasa gembira. Tapi adakalanya cinta akan membuatkan kita berasa sedih, "Hari tidak sesalunya cerah, adakalanya ia akan mendung" jadi sediakanlah payung sebelum hujan. apabila memasuki bab yang di namakan cinta, semestinya kita hendaklah bersedia untuk diterima atau pun tidak. Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Bagi diri ini, buat masa ini insan yang paling berharga dan dicintai adalah bonda yang tercinta, dan tiada manusia lain yang dapat menggantikan insan yang telah melahirkan aku kedunia ini dan yang telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang selama ini. Dan cinta yang hakiki dan kekal abadi adalah Allah , Ia kekal selama-lamanya dan cinta kepada Allah adalah cinta yang sebenar.


1 comment:

Miss A.. said...

Wujudkah lagi insan itu..?