Tuesday, March 2, 2010

Bersua kembali....

Asslamualaikum kepada semua blogger2....

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya update blog setelah sekian lama sibuk dengan study...

Setelah bergelar sebagai seorg mahasiswa semula (selepas cuti selama 6 bulan) seperti biasa kehidupan sebagai seorg mahasiswa banyak d habiskan untuk assignment, buat report, study for quiz, test, tutorial, exc. and ect.. (ye ker) tapi jgn lupa hubunggan kita dngan pencipta (Allah). disamping kita mengejar kejayaan duniawi hendaklah kita mencari dan menyediakan bekalan utk hari akhirat kelak dengan secukupnya.

Untuk pengetahuan kalian, kini saya menyambung study d UniKL BMI, gombak. Jika d entry sebelum ini, saya ada meminta pendapat saudara sekalian dimanakh tempat yang terbaik untuk saya menyambung pelajaran d antara 3 IPT yang mana permohonan saya d terima iaitu MMU, The University of Nottingham atau di UniKL BMI. akhirnya, setelah memikirkan kos-kos sara diri, penginapan dll dan yang penting iaitu scholarship yang akan menanggung semua yuran sepanjang tempoh pengajian, akhirnya saya memilih UniKL kerana ia dibawah Mara dan mengutamakan practical (ye ker.... ke sekadar iklan promosi jer) tp ia memang betul byk perkara dn benda baru yg saya pelajari disini..

walaupun d Unikl BMI ini, tempoh pengajiannya lebih panjang berbanding University of Nottingham tp ia tetap mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mungkin ada hikmahnya saya berada d sini dan bukan d university yang lain....

Doakan saya semoga dipermudahkan segala urusan pelajaran dan seterusnya dapat menlakar kejayaan yang cemerlang d peringkat degree ini dan seterusnya kejayaan d dunia dan d akhirat... InsyaAllah.....

That all for this entry....
Salam Maulidurrasul

DaNi