Sunday, August 23, 2009

Solat Terawikh


Assalamualaikum...

Diam tak diam kita telah tiba di bulan Ramadhan yang penuh barakah. Satu perkara yang sering berlaku dimana-mana adalah apabila tibanya bulan Ramadhan pada malam pertama solat sunat terawikh dilaksanakan semestinya penuh sof-sof di semua surau atau masjid dan apabila tibanya hari-hari akhir di bulan ramadhan, jemaah di surau atau masjid sudah mula berkurangan, kaum ibu sebuk dengan persiapan menyambut 1 syawal dan di bantu kaum bapa.

Sedangkan kita dituntut untuk memperbanyakkan ibadah di 10 akhir Ramadhan, kerana disitulah terletaknya malam lailatulqadar. Yangmana jika kita beribdah pada malam itu, pahalanya seperti kita beribadah menyerupai 1000 bulan. jika kita calculate 1000 bulan bersamaan dengan lebih 83 tahun. bayangkan jika beribadah selama 83 tahun lebih pahalanya sama dengan beribadah di malam Lailatulqadar...

Bersama kita mengejar segala keberkatan yang ada di bulan Ramadhan ini...
Bersama kita renungkan...

DaNi

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Semua...




Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... Ramadhan, kedatanganmu dinantikan segenap penghuni bumi yang fana ini...

DaNi

Monday, August 17, 2009

MERDEKA!!!


31 Ogos 2009 Malaysia akan menyambut hari kemerdekaannya yang Ke-52. Tapi sejauh mana erti kemerdekaan bagi setiap warga muda dan belia di Malaysia ini... Bersama kita fikirkan


DaNi

Sunday, August 16, 2009

My friends at Legenda...





Makan mlm time berhenti berehat RnR janda baik. Belakang tu Ust. Suffan, dan sebelah tuu Rasyid. time lawatan ke Kelantan.


Pak Din dan Ustaz Khairol yang tak jemu2 sentiasa mengiringgi setiap kali aktiviti pmi diadakan. Terima kasih yee....




Tiga org tahanan di Melaka Raya -> Time Explorace Family Day PMI 2008 yg penuh dgn controversy



Lawatan sambil belajar bersama pelajar-pelajar tadika dan kakak2 dan abg dr kolej legenda.
hehehe.... Fatihah, Wani, shafa,kak zaf dan baju ijau tuu sapa lagi kalu bukan aku.




Yus yang tinggi dan Aku yg tak berapa tinggi.
Selepas menjadi tetamu alkulliyah.



Azmi ngan kawan dier yg tak tahu nama nyer...
Azmi ni selalu duk umah aku...



time perhimpunan belia...



Azim yg poyo.. :) heheheh.... tp dier ni rajin wat kerja2 persatuan dan membantu kerja2 org yang tak selesai. tp aku lg rajin dr dier laa... huuuu:)



Kacau Bubur Lambuk bersama Khairul time bulan Ramadhan 1428H lepas, sampai hangit kita org kerjakan bubur tuu.



Time tunggu nak berbuka puasa, muka2 lapar jer masing2... alahai, letihnye.... hehehe :)
hujung kiri (Naz, Muz) hujung kanan (zul) tengah2 lupe la nama.. sory. :(


Bob -> emmm... (senyum itu sedekah) :)



Muka Excited setelah tiba di Homestay Gemas. yang depan tu mirul ngan azli.
Mirul ni selalu ajak aku p Jusco serembn2 jalan2 cari makan...


Bergambar selepas Explorace sebelum berangkat ke Masjid Selat Melaka :0
Peserta Family Day PMI 08'



Barisan urusetia dan sukarela dari Kolej Legenda.
barisan depan tuu senior2 la konon tuu. hehehe...
-> Muktamar sanawi ABIM di Paroi 2008



Lawatan ke Parlimen Malaysia
[bakal-bakal ahli parlimen akan datang]



lun cukup tak gambar, hehehe.....

DaNi


Duit palsu ke ni?



Adakah anda nampak perbezaan kedua-dua duit RM10 ini?
i) tnda. tgn Gabenor lain
ii) Warna yang berbeza




Duit dari pandangan belakang...

Duit palsu ker ni or duit yang dikeluarkan 'Limited edition'

DaNi

Saturday, August 15, 2009

Good BYE Legenda College

LEGENDA as a Legend


Gambar Legenda Education Group yang diambil dari Electrical Lab.

28 Mac 2006, tarikh ini merupakan kali pertama aku menjejakikan kaki di kolej legenda ini. diam tak diam sudah lebih tiga tahun aku berada di sini. Pelbagai kenangan dan pengajaran yang dapat aku beroleh sepanjang aku berada di sini. Semoga segala pengalaman ini dapat aku gunakan utuk menempuhi kehidupan yang penuh mencabar pada hari-hari yang mendatang.


Surau Kediaman SI05 - Disinilah terjalinnya ukhuwah muslimin Kump. kolej Legenda, dan disini jugalah tempatnya aku bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan yg lain, yg bertungkus lumus menaikkan nama PMI dan menjadikan antara persatuan yang aktif suatu ketika dahulu. Gembira, sedih, bergaduh, bergurau merapatkan lagi jalinan ukhuwah.


KTM - Penggangkutan yang sering aku gunakan ketika hendak ke KL bersama kawan2
(Bila lagi kita dapat kuar bersama Ye???) :)



Gambar brsama IZU - Izu nii bayk download cerita drama jepun dan filem2 yg terbaru. Kalu nak cerita2 baru mintak kat dier.


Muzamil - Muz ni complicated sikit, tp dier ni ok, selalu tolong aku kalu tak paham dalam aper2 subject. My House Mate. :)




Ni pulak Azman - Dier ni aku nyer House Mate. dier ni kalu wat kerja mesti perfect. hehehe...




Ni lak Hafiz - My House mate but room mate Azman. Hafiz ni pun my class mate. Dier ni pun baik sama mcm muz.

Senang ckp, Muz, Hafiz dan aku satu kepala laa. tp kadang2 tuu ader gak bercanggah, biasa laa tuu. kalu sama jer sumer, boring laaa kan.




Kawan sedang menuggu giliran untuk nak jumpa Lec. nak antar assignment




Muka-muka ngantuk setelah tidak tidur semalaman. akibat wat assignment last minit. sama jer sumer... hehehe.... kalu last minute ni byk idea. :)





Muz ngan Hafiz mendermakan darah mereka. heee.. ader sorg jer yg tak derma2 lg sampai sekarang ni. saper la ekk... eeee... takutnyer..



ni la bas kebanggaan kolej kami. konon la tuu. gambar ni aku snap time on the way nak balik melaka, time drive tiba2 nampak lak bas ni. jd snap jer laa... Hii..


Kepada kawan-kawan semua Pengalaman pahit dan manis bersama adalah perkara yang paling berharga dan tidak ternilai... Bila la kita boleh berjumpa lagi ye?

Dani

Friday, August 14, 2009

convocation... Congratulation


Muka-muka happy
Muz, Izu, Shaza, Safwan


Excited + Nervous sebelum majlis bermula
Tahniah Muz :) --> Best EE Student

Bergambar bersama keluarga di Shangri-La Hotel tempat berlangsungnya majlis convo.
Sebelum masuk ke dewan :)

Alhamdulillah... Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinannya dan kekuatan, kesihatan yang telah dianugerahkan kepada ku, dapt juga aku tamatkan pengajian aku dalam bidang BTEC HND in Electrical and Electronic Engineering program usaha sama or twin program between Institut Teknologi Pertama, Legenda Education Group dan BTEC UK.

Terima kasih kepada ibubapa dan sumer kawan-kawan yang banyak membantu ku sepanjang tempoh pengajian ku. terdapat banyak perkara yang dapat aku pelajari sepanjang aku menuntut di kolej legenda ini, dan dugaan, cabaran, pengalaman yang aku dapat disana byk mengajar ku erti kehidupan yang sebenarnya yang penuh dengan pahit dan manis...
tidak lupa juga kepada semua staf, pensyarah yang banyak mengajar aku selama aku berada di college. kepada semua kawan-kawan semoga berjaya dalam menempuhi alam kerjaya bagi yg berkerja, dan kepada siapa yang sambung belajar semoga berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Semoga talian persahabatan yang terjalin akan kekal berpanjangan.

DaNi

Sunday, August 9, 2009

Ramadhan kembali


Bulan Syaaban sudah berada di penghujungnya. Tidak lama lagi umat Islam akan menempuh bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. yang mana didalamnya penuh dengan pengampunan, dan keberkatan. dan sememangnya kita yang mengaku sebagai umat Islam hendaklah merebut peluang yang ada ini untuk memperbanyakan ibadah selagi ada masa dan dipanjangkan umur. Selamat menjalani ibadah puasa bagi tahun...