Sunday, May 12, 2013

Tip-tip untuk Kuruskan Badan...


 Assalamualaikum and Good morning all...

Lebih kurang 6 bulan saya bekerja... rasa-rasa berat badan macam bertambah. 
Aduh.... macam mana nih, kejer pulak tak banyak bergerak, just attend meeting and buat progress report la, prepared for letter and memo la. cuma kadang-kadang baru laa turun ke site. kerja-kerja yang tidak banyak bergerak seperti ini adalah merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. 
Ish... 
Tambahan pula jadual kerja yang padat menyebabkan saya tiada masa untuk pergi bersenam dan ke gym...

Try-try cari di internet cara-cara untk kuruskan badan dan akhirnya terjumpa yang ini, harap-harap ia berkesan...

Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.
Kebanyakan tips kurus ini, diambil daripada eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Rujuk kepada eBook 25 Calorie Saving Tips saya.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.
  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)
  3. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
  4. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
  5. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
  6. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
  7. Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
  8. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
  9. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
  10. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.
  1. Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
  2. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
  3. Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
  4. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
  5. Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
  6. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.
Nak lagi tip-tip kurangkan berat badan? eed more help or tips? Saya sangat-sangat syorkan anda beli eBook saya berjudul Panduan Kurangkan 5kg 5 Minggu. Ia berikan panduan langkah demi langkah untuk menurunkan berat dengan cepat tanpa perlu berlapar. Senaman pun optional. Semua ikut gaya hidup kita di Malaysia.

sharing info from:
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/25-tip-kuruskan-badan/

Monday, October 22, 2012

design banner for Liqa' Fikri

Assalamualaikum...
Semalaman aku memerah otak utuk mencipta dan mendesign banner program anjuran PAS Kawasan Gombak iaitu:

Liqa' Fikri
yang akan bakal berlangsung pada 25 November 2012
Alhamdulillah semuanya dah setel, siap design kul 3 pagi semalam...
Hopefully it will be accepted... huuu3...


tadaa...
design by using the Adobe photoshop.
simple2 jer, nak advance2 x geti sangat.
simple and look nice - that its.

Sunday, October 21, 2012

Try New Blog... @ http://danialactive.wix.com/suffdesigner

Assalamualaikum....

Again, aku telah mencuba sebuah blog creater  iaitu di http://www.wix.comhttp://www.wix.com .
Dan telah men'create' satu lagi laman blog khusus untuk post semua design-design banner yg telah aku buat selama ini... 



-TQ for your visit-

Alhamdulillah... Finish STUDY finally!

Assalamualaikum semua....


Hari ini aku dapat menarik nafas dengan lapangnya....
Akhirnya segala-galanya telah berakhir. 
Tanggal 19 Oktober 2012, yaini hari Jumaat yang lepas adalah merupakan hari yg terakhir aku melengkapkan semester akhir aku di dalam sepanjang pengajian aku dalam bidang Bachelor Engineering Technology in Electical di UniKL BMI... 

Alhamdulillah.... segala-galanya telah berakhir. 

Dan selepas ini pula mungkin aku akan melangkah ke alam pekerjaan dan bergelar sebagai seorang Jurutera aka Engineer (British calling) hee2... 
Dan sekali lagi, aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan rezeki yg telah Allah limpahkan kepada ku. Syukur ke hadrat Ilahi kerana sesi interview yg kali pertama aku hadiri dalam hidupku yaitu ketika aku sedang practikal yg lepas di Syarikat Prasarana Negara Berhad sebagai Graduate Engineer for Line Extension Project telah berjaya. dan InsyaAllah akan start berkerja pada 1 November 2012 (Khamis).... 
&
waktu untuk aku berehat setelah penat lelah aku study selama ini hanya dalam seminggu sahaja. Walaubagaimana pun, aku bersyukur dengn ketentuan Ilahi ini... mungkin ada hikmahnya... 

Syukur, Alhamdulillah Kehadrat Allah.....
Suatu nikmat dan anugerah yang tidak dapat aku gambarkan dan ungkapkan.
Terima kasih juga kepada semua orang dan individu2 yang banyak memberi sumbangan dan didikan kepada ku sehingga ke hari ini. 
Terutama kepada my parent, ibu dan ayah yang banyak berdoa  untuk mengiringi usaha anak mu ini... 
kepada semua adik2, 
guru2, 
pensyarah2, 
sahabat2, 
kawan2 
dan semua orang 
yang pernah hadir dalam hidupku selama hampir 24 tahun kehadirn aku di atas muka bumi ini... 

Semoga Allah merahmati kalian semua dan memBERKATI perbuatan dan kehidupan kita dunia dan akhirat. 
InsyaAllah. 

Friday, August 31, 2012

Practical task for Today

Assalamualaikum....
Hari ini untuk tugasan saya during this practical, 
I need to redesign a few of infographic for promote a few of web site,

This is the result:
agak memenigkan jugak laa untuk kerja2 mendesign semula nih...
Ia mudah tp agak memeningkan jug.





co-design by: As-suff
I will update next for the others infographic.

Monday, August 13, 2012

Hapuskan Akta 114A

Asslamualaikum...
bagi siapa yg belum tahu lagi apa itu akta 114A...
lets read this simple comic.


by as-suff

Sunday, August 12, 2012

Hidup yang Sementara...

Hidup di Dunia Hanya Sementara.
     "Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan.Merekalah orang-orang yang akan beroleh azab seksa yang buruk (di dunia) dan mereka pula pada hari akhirat adalah orang-orang yang palig rugi."(An-Nami: 4-5)


     Manusia tinggal di dunia hanya untuk waktu yang singkat. Di sini, ia akan di uji, dilatih, kemudian meninggalkan dunia menuju kehidupan akhirat tempat tinggal selamanya.
     Harta benda serta kesenangan di dunia, walaupun diciptakan serupa dengan yang ada di akhirat, sebenarnya memiliki banyak kekurangan dan kelemahan kerana harta benda dan kesenangan tersebut ditujukan hanya agar manusia mengingati hari akhirat. Allah menjelaskan betapa dunia merupakan tempat sementara yang penuh dengan kekurangan:,
     "Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."(Al-Hadiid: 20)


     "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;"(A-li'Imraan: 14-15)


     Sebenarnya, kehidupan di dunia tidak sempurna dan tidak berharga dibandingkan kehidupan abadi di akhirat. Untuk mengambarkan hal ini, dunia menyimpan maksud "tempat yang sempit, pertelingkahan, dan kotor", Manusia menganggap  usia 60-70 tahun sangat panjang dan memuaskan.
     Akan tetapi, tiba-tiba kematian datang dan semua terkubur di liang lahad. Sebenarnya, ketika kematian mendekat, baru disedari betapa singkatnya waktu di dunia. Pada hari kebangkitan, Allah akan bertanya kepada manusia ,
     "Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?. Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung. Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?."( Al-Mu'minuun : 112-115)


     Mengabaikan Allah dan tidak mengacuhkan kehidupan akhirat, sepanjang hidup mengejar keserakahan dunia, bererti hukuman abadi di dalam api neraka. Orang-orang yang berada di jalan ini digambarkan dalam Al-Qur'an sebagai orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat.
     Allah memberikan azab bagi mereka:
     "Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.(Al-Baqarah: 86)
     "Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan."(yunus: 7-8)


     Bagi mereka yang lupa bahawa dunia merupakan tempat sementara dan mereka tidak memperhatikan ayat-ayat Allah, tetapi merasa puas dengan permainan dunia dan kesenangan hidup, menganggap dunia ini milik diri mereka, serta berTuhankan diri mereka sendiri, Allah akan memberikan hukuman yang berat.
     Al-Qur'an mengambarkan keadaan yang demikian:
     "Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya."(An-Naazi'aat: 37-39)


Hasil Sumbangan:
http://aree8686.blogspot.com



as-suff

LIFE! (Kehidupan)

Adakah Dunia yang kita sedang lalui ini adalah Kehidupan sebenar kita?


Jawapan yang saya boleh berikan adalah, TIDAK....
Dan Dunia ini hanyalah tempat persinggahan yang sementara dalam perjalanan kita menuju kehidupan yang sebenar yaini di akhirat nanti. SYURGA atau NERAKA yang kekal abadi dan tiada penghujungnya.

Tujuan kita dicipta, tidak lain tidak untuk beribadah kepada Allah SWT.

Dunia ini hanyalah sekadar satu tempat persinggahan untuk menuju kehidupan yang kekal yaitu di akhirat kelak. Yang mana hanya ada dua pilihan, yaitu Syurga atau Neraka. Tidak ada tempat diperantaraan antara kedua-duanya. Kehidupan itu adalah berdasarkan apa yang kita pilih atau amalan kita sepanjang hidup di dunia ini. Jika kita pilih jalan yang betul yaini jalan Islam, maka tergolonglah kita dikalangan orang-orang yang beriman dan InsyaAllah, syurgalah bagi balasannya. Tetapi jika kita memilih sebaliknya, yaitu keseronokan hidup didunia yang bercanggah dan melawan cara-cara hidup Islam seperti yang di tuntut di dalam Al-Quran, maka buruklah dan sengsaralah kehidupan di akhirat kita yaini neraka Allah. 

Sememangnya Syurga dan Neraka adalah kerja Allah. Allah berhak memberi hidayah dan memberi balasan bagi setiap apa yang hamba-hambanya lakukan. Tetapi mesti ingat bahawa, ia mestilah bergantung kepada amalan-amalan hambaNya semasa hidup di bumi ini. 

Janganlah kita terpedaya dengan keseronokan yang sekejap semasa didunia tetapi di balas dengan Balasan yang PEDIH dan PERIT di akhirat kelak... 

by as-suff
13 ogos 2012/25 ramadhan 1433H 
10:51am



Wednesday, August 1, 2012

Design banner untuk Ikatan Studi Islam UniKL BMI



Setelah sekian lama tidak design banner, selepas pertukaran pucuk pimpinan baru Ikatan Studi Islam akhirnya kembali semula untuk membantu dari luar setakat apa yang saya mampu. 

design by as-suff

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan kurniaan sedikit ilmu yang Allah beri ini iaitu mendesign  banner aktiviti dengan menggunakan Adobe Photoshop.


Muktamar (muhasabah) ISI UniKL BMI


Pertukaran pucuk pimpinan.
Presiden ISI 2010 & 2011 = as-suff Safwan
Presiden ISI 2012 = Muzamil


Takziyah = kerena memikul amanah yang sangat berat, dan akan 
dipersoal di padang mashyar kelak
Tahniah = kerana diberi peluang untuk berkhidmat membantu Islam 
dlm menyampaikn dakwah kpd warga kampus.


Semoga akan datang nanti akan ada pelapis-pelapis yang mahir dalam menggunakan software-software seperti ini di dalam membantu kerja-kerja dakwah ini. 


Saya berharap akan ada ahli-ahli yang berminat dan berusaha untuk mempelajarinya, kerana ilmu itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan pengorbanan. Berusahalah dan pelajarilah dari orang-orang yang mahir dan faqeh dalam bidang tersebut. 

InsyaAllah...

by as-suff

Ujian dari Allah...

"Tidak beriman seseorang itu selagi mana ia tidak diuji oleh Allah."

Sesungguhnya segala yang kita miliki di atas muka bumi ini adalah hak milik Allah, dan kita hanyalah dipinjamkan olehNya buat seketika, dan pada bila-bila masa sahaja Allah berhak untuk menarik balik apa yang di pinjamkan olehNya pada bila-bila masa sahaja.


Sesungguhnya, ujian yang paling sukar untuk dilalui oleh manusia adalah ketika 
di uji dengan kesenangan duniawi yang menyesatkan 
berbanding bila diuji dengan kesusahan. 
Ini kerana apabila kita berada di dalam kesusahan kita lebih mendekatkan, mengadu dan menagih simpati kepada Allah. 



Apabila senang, kita akan lebih mudah untuk melupakan dan jauh hanyut dengan dibuai oleh kesenangan dunia yang bersifat sementara ini. 

Semoga kita menjadi hamba yang bersyukur dikala senang mahupun susah...

by as-suff