Sunday, August 12, 2012

LIFE! (Kehidupan)

Adakah Dunia yang kita sedang lalui ini adalah Kehidupan sebenar kita?


Jawapan yang saya boleh berikan adalah, TIDAK....
Dan Dunia ini hanyalah tempat persinggahan yang sementara dalam perjalanan kita menuju kehidupan yang sebenar yaini di akhirat nanti. SYURGA atau NERAKA yang kekal abadi dan tiada penghujungnya.

Tujuan kita dicipta, tidak lain tidak untuk beribadah kepada Allah SWT.

Dunia ini hanyalah sekadar satu tempat persinggahan untuk menuju kehidupan yang kekal yaitu di akhirat kelak. Yang mana hanya ada dua pilihan, yaitu Syurga atau Neraka. Tidak ada tempat diperantaraan antara kedua-duanya. Kehidupan itu adalah berdasarkan apa yang kita pilih atau amalan kita sepanjang hidup di dunia ini. Jika kita pilih jalan yang betul yaini jalan Islam, maka tergolonglah kita dikalangan orang-orang yang beriman dan InsyaAllah, syurgalah bagi balasannya. Tetapi jika kita memilih sebaliknya, yaitu keseronokan hidup didunia yang bercanggah dan melawan cara-cara hidup Islam seperti yang di tuntut di dalam Al-Quran, maka buruklah dan sengsaralah kehidupan di akhirat kita yaini neraka Allah. 

Sememangnya Syurga dan Neraka adalah kerja Allah. Allah berhak memberi hidayah dan memberi balasan bagi setiap apa yang hamba-hambanya lakukan. Tetapi mesti ingat bahawa, ia mestilah bergantung kepada amalan-amalan hambaNya semasa hidup di bumi ini. 

Janganlah kita terpedaya dengan keseronokan yang sekejap semasa didunia tetapi di balas dengan Balasan yang PEDIH dan PERIT di akhirat kelak... 

by as-suff
13 ogos 2012/25 ramadhan 1433H 
10:51am



No comments: