Wednesday, August 1, 2012

Ujian dari Allah...

"Tidak beriman seseorang itu selagi mana ia tidak diuji oleh Allah."

Sesungguhnya segala yang kita miliki di atas muka bumi ini adalah hak milik Allah, dan kita hanyalah dipinjamkan olehNya buat seketika, dan pada bila-bila masa sahaja Allah berhak untuk menarik balik apa yang di pinjamkan olehNya pada bila-bila masa sahaja.


Sesungguhnya, ujian yang paling sukar untuk dilalui oleh manusia adalah ketika 
di uji dengan kesenangan duniawi yang menyesatkan 
berbanding bila diuji dengan kesusahan. 
Ini kerana apabila kita berada di dalam kesusahan kita lebih mendekatkan, mengadu dan menagih simpati kepada Allah. 



Apabila senang, kita akan lebih mudah untuk melupakan dan jauh hanyut dengan dibuai oleh kesenangan dunia yang bersifat sementara ini. 

Semoga kita menjadi hamba yang bersyukur dikala senang mahupun susah...

by as-suff

No comments: