Wednesday, August 1, 2012

Meniti hari-hari bergelar Mahasiswa Muslim

Telah lama sangat tidak diupdate blog ini...

Setelah hampir 3 tahun bergelar Mahasiswa Universiti Kuala Lumpur, British Malaysian Institute yang menuntut dalam bidang Bachelor Engineering Technology Electrical. Kini saya semakin hampir untuk mengakhirinya... 

Universiti Kuala Lumpur
British Malaysian Institute

Terasa masa yang berlalu terlalu pantas dan rasa tak puas untuk bergelar sebagai seorang Mahasiswa. Pelbagai kenangan dan peristiwa yang telah dilalui bersama-sama kawan-kawan sekuliah, sahabat-sahabat seperjuangan didalam persatuan Ikatan Studi Islam dan semua wagra kampus UniKL BMI. Sememangnya kenangan bersama anda semua adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak akan dapat saya lupakan dan akan sentiasa tersemat dalam lipatan sejarah hidup saya ini. 

Sememangnya kehidupan ini penuh dengan ranjau dan duri, penuh dengan dugaan, cabaran yang mesti dilalui oleh setiap manusia. Tetapi mestilah kita ingat bahawa, kehidupan yang sebenar adalah di Akhirat kelak yang mana itulah kehidupan yang kekal abadi sama ada syurga atau neraka. Manakala dunia ini hanyalah satu persinggahan dalam perjalanan kita menuju akhirat. Kita hanya mempunyai satu tempat persinggahan iaitu DUNIA. 

di tengah-tengah kesibukan Bukit Bintang manusia berlumba-lumba mengejar harta dunia.

Setiap yang apa kita buat didunia ini akan menjadi penentu bagi kehidupan kita yang seterusnya. Semoga Allah memberi kekuatan dan melindungi diri kita semua dari melakukan kekhilafan dan terus lena dengan mainan dan perhisan dunia yang menyesatkan.

Sekian, assalamualaikum.
by as-suff

No comments: