Wednesday, August 1, 2012

Apa Tujuan Hidup Kita?

Firman Allah;
"Tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada-Ku"

Jelas sekali, ayat quran di atas menunjukan bahawa kita diciptakan oleh Allah tidak lain melainkan beribadah kepada Allah. 

Islam adalah ad-din atau satu cara hidup 

yang merangkumi dari segenap aspek kehidupan bermula dari kita bangun dari tidur hinggalah kita tidur semula. Semua perkara yang hendak kita lakukan ada doa-doa yang tertentu. Dan semuanya telah diberitahu kepada kita melalui ayat-ayat quran dan juga hadis-hadis Nabi. 

Jadi terpulang kepada kita sama ada hendak patuh atau ingkar bagi setiap arahan dan juga peringatan Allah itu. Tetapi mesti ingat bahawa pembalasan pasti tiba bagi setiap amal perbuatan kita sama ada amal kebajikan atau kemungkaran yang kita lakukan. 


Jadi yang mana satu pilihan kita?

BAHAGIA Dunia + SENGSARA akhirat      

SENGSARA Dunia + BAHAGIA akhirat      

SENGSARA Dunia + SENGSARA akhirat

BAHAGIA Dunia + BAHAGIA akhirat

Tepuk dada tanya IMAN, jangan tanya Aiman, sebab Aiman akan kata "Aiman tak kisah!"

by as-suff

No comments: