Friday, August 14, 2009

convocation... Congratulation


Muka-muka happy
Muz, Izu, Shaza, Safwan


Excited + Nervous sebelum majlis bermula
Tahniah Muz :) --> Best EE Student

Bergambar bersama keluarga di Shangri-La Hotel tempat berlangsungnya majlis convo.
Sebelum masuk ke dewan :)

Alhamdulillah... Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinannya dan kekuatan, kesihatan yang telah dianugerahkan kepada ku, dapt juga aku tamatkan pengajian aku dalam bidang BTEC HND in Electrical and Electronic Engineering program usaha sama or twin program between Institut Teknologi Pertama, Legenda Education Group dan BTEC UK.

Terima kasih kepada ibubapa dan sumer kawan-kawan yang banyak membantu ku sepanjang tempoh pengajian ku. terdapat banyak perkara yang dapat aku pelajari sepanjang aku menuntut di kolej legenda ini, dan dugaan, cabaran, pengalaman yang aku dapat disana byk mengajar ku erti kehidupan yang sebenarnya yang penuh dengan pahit dan manis...
tidak lupa juga kepada semua staf, pensyarah yang banyak mengajar aku selama aku berada di college. kepada semua kawan-kawan semoga berjaya dalam menempuhi alam kerjaya bagi yg berkerja, dan kepada siapa yang sambung belajar semoga berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Semoga talian persahabatan yang terjalin akan kekal berpanjangan.

DaNi

Sunday, August 9, 2009

Ramadhan kembali


Bulan Syaaban sudah berada di penghujungnya. Tidak lama lagi umat Islam akan menempuh bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. yang mana didalamnya penuh dengan pengampunan, dan keberkatan. dan sememangnya kita yang mengaku sebagai umat Islam hendaklah merebut peluang yang ada ini untuk memperbanyakan ibadah selagi ada masa dan dipanjangkan umur. Selamat menjalani ibadah puasa bagi tahun...

Wednesday, July 29, 2009

Which one you choose?

for your opinion which car is better?

TOYOTA VIOS or HONDA CITY?

Please answer, PLEASE...


HONDA CITY



TOYOTA VIOS

My car.... just a dream


Cantik tak kereta HONDA CITY niii? bila laa aku dpt beli... hopefully one day I have a car. InsyaAllah...

DaNi |=)

Continue Study? WHERE?....

nak sambung belajar kat mana ye?

Satu persoalan yang sering bermain di fikiran ku...

pada mulanya ingatkan nak continue study kat university of nottingham. siap dah pergi buat servay beberapa kali, first dengan family, second dgn kawan lastly apply gak, dan keputusannya aku ditawarkan untuk program Becelor (Hons) engineering in Electrical. tp lepas dah dpt nii, rasa mcm tak confident lak atas sbb2 tertentu...

University of Nottingham Malaysia Campus



Multimedia University Cyberjaya Campus (MMU)


University of Kuala Lumpur (BMI)
British Malaysia Institut for Electrical Engineering

Lepas berconference with my family members, akhir nye my mother suggest aku utk cuba apply UTP,or MMU or unikl cause base on my HND CGPA is not bad. hehehe... maklum laaa, aku ni bukannyer hebat sangat tp boleh tahan laaa... huhuhuu. nampaknya kalu aku sambung malaysia university either IPTA or IPTS aku terpaksalah belajar selama 3 tahun paling kurang laa tuu after transfer credit. huuu.... lamanya. bila pulak aku nak kerja, kumpul duit, dll...

However I thing beter if I continue study at MMU because course yang aku nak amik nii dah mendapat pengiktirafan dari Board of engineering Malaysia (BEM) begitu juga dgn uni. Nott. tp unikl I am not sure it's unikl program get the accreditation by BEM. hopefuly I will make a best decision for my future by doa and solat sunat istikharah, InsyaAllah....

DaNi

Tuesday, July 28, 2009

DaNi kembali



Assalamualaikum...


Setelah sekian lama tidak mengupdatekan blog ini, kerana kekangan waktu akibat terlalu busy dengan assingment dan pelbagai-bagai lagik...

Sekarang dani dah abih belajar dan barulah ader kelapangan masa untuk mencoret sedikit cerita untuk d publishkan d blog ini.
sampai sini lah buat kali ini.
sekian...

DaNi

Thursday, August 14, 2008

C.I.N.T.A


Apa itu cinta. Secara peribadi, pengalaman lepas telah banyak mengajar diri ini untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Hadirnya seseorang, yang bergelar wanita dalam diri ini dan tanpa disedari perasaan aku terhadapnya rupa-rupanya bukan sekadar kawan, malah seorang insan yang sangat istimewa dan telah bertakhta di hati ini sejak pertama kali perkenalan kami. Tapi sangat sukar bagi diri ini meluahkan isi hati yang tulus dan ikhlas kepadanya. Bagi aku, cinta bukan perkara yang boleh dimain-mainkan. Secara ikhlasnya inilah pengalaman pertama bercinta yang aku lalui.

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa. Maka segala-galanya terletak ditgn anda pilihlah dengan menggunakan mata hati dan iman bukan mata hati yang penuh dengan nafsu yang akan merosakkan keturunan.
Bagi insan yang masih mentah ini, lebih-lebih lagi dalam menempuhi dan menjalani liku-liku dan cabaran kehidupan yang penuh pancaroba ini, sudah tentu aku masih mencari-cari apakah sebenarnya yang dikatakan cinta ini. Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta itu menyeronokkan dan membuatkan kita berasa gembira. Tapi adakalanya cinta akan membuatkan kita berasa sedih, "Hari tidak sesalunya cerah, adakalanya ia akan mendung" jadi sediakanlah payung sebelum hujan. apabila memasuki bab yang di namakan cinta, semestinya kita hendaklah bersedia untuk diterima atau pun tidak. Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Bagi diri ini, buat masa ini insan yang paling berharga dan dicintai adalah bonda yang tercinta, dan tiada manusia lain yang dapat menggantikan insan yang telah melahirkan aku kedunia ini dan yang telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang selama ini. Dan cinta yang hakiki dan kekal abadi adalah Allah , Ia kekal selama-lamanya dan cinta kepada Allah adalah cinta yang sebenar.


Wednesday, August 6, 2008

Masa depan negara Malaysia di tangan pemuda hari ini

Dewasa ini, pelbagai berita yang telah menggemparkan negara kita antaranya masalah kenaikkan harga minyak ynag mendadak, kepincangan yang berlaku di dalam parti pemerintah negara (UMNO), dan tidak lupa juga khabar-khabar angin yang menyatakan pucuk pimpinan negara akan jatuh ke tangan pakatan pembangkan yang terdiri dikalangan PAS, PKR, dan DAP. Tidak dilupakan juga krisis bekalan makanan dunia yang semakin teruk.

Walaubagaimana, terdapat satu masalah besar bukan sahaja di Malaysia malahan semua negara di dunia ini dan ia perlu dipandang serius dan diambil tindakan dengan segera sebelum ia menjadi lebih parah iaitu masalah remaja mahupun belia yang semakin merincing ini. Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia bilangan belia di negara kita ini adalah sebanyak 55% daripada jumlah penduduk di Malaysia.

Maka, pihak kerajaan seharusnya memandang serius masalah-masalah belia remaja di negara ini. Yang lebih membinbangkan lagi kebanyakkan dan boleh dikatakan hampir keseluruhan belia remaja yang membuat masalah ini adalah dari kalangan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Apakah peranan yang dimainkan oleh barisan pemimpin kita pada hari ini, sedangkan majoritinya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Dimanakah laungan yang mengatakan membantu dan memperjuangkan nasib-nasib orang melayu, adakah dengan memberi galakkan dengan penganjuran konsert-konsert, rancangan yang melalaikan dan yang tidak berfaedah ini akan dapat membantu golongan-golongan belia remaja ini berfikiran global dan juga membantu dalam pembentukan jati diri sebagai seorang muslim yang sejati.

Jika kita lihat pada hari ini, kebanyakkan rancangan-rancangan di televisyen yang berbentuk hiburan dan juga melalaikan. Dan ini akan menambah burukkan lagi keadaan, apabila remaja-remaja ini memilih artis yang tidak sopan dan berakhlak sebagai role model mereka. Bukankah contoh terbaik yang boleh dijadikan panduan oleh golongan belia pada hari ini adalah seperti Rasulullah, Zaid al-harith, dan para-para sahabat seperjuangan nabi yang lain.

Apabila kita berjalan di tengah-tengah bandar, kita dapat lihat remaja-remaja yang memakai pakaian yang mengikut artis-artis barat yang terdedah sana-sini, ketat, dan seakan-akan tidak ada lagi nilai-nilai ketimuran yang sepatutnya ada dalam diri setiap orang-orang melayu yang selama ini terkenal dengan sifat dan sikap lemah lembut, sopan, dan juga baik budi pekertinya. Dan kita mesti ingat remaja-remaja pada hari ini lah yang akan mentadbir negara kita ini pada masa akan datang.

"Jika hendak melihat keadaan sebuah negara pada masa akan datang,
lihatlah pemuda-pemudanya pada hari ini"

Wahai sahabat-sahabat sekalian, bangkitlah dari alam yang melalaikan dan yang menghayutkan kita selama ini, jika bukan kita yang merubah nasib kaum sebangsa dan seagama kita sapa lagi yang kita harapkan. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka yang merubahnya.

Sekian.