Tuesday, September 29, 2009

Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang

Kedua-dua pari telah pun membuat penggumuman calon masing-masing.
Pas meletakkan Pesuruhjaya Negeri Sembilan sebagai calonnya iaitu Saudara Zulkifli Omar.
Barisan Nasional pula melatakkan bekas Menteri Besar N9, Tan Sri Isa Samad.

Secara personal, memang saya akui bahawa saya pernah berkerja bersama rakan-rakan lain semasa pilihanraya ke-12 yang lepas di kawasan Lenggeng yang mana calon Pas ialah Saudara Zulkifli Omar. Beliau sememangnya seorang yang berpendidikan tinggi, tidak sombong dan sentiasa mendengar apa setiap pandangan yang diutarakan oleh kami.


Pendidikan Sdr. Zulkifly Mohamad bin Omar (PAS)
Lulusan Sarjana Master in Science dari Universiti Putra Malaysia
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (UiTM)

Pendidikan Tan Sri Mohd Isa bin Hj. Abd Samad (BN)
Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson
kemudiannya bersekolah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur
Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya
Bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak, Seremban


Sekarang terpulangla kepada Masyarakat kawasan Bagan Pinang untuk membuat penilaian siapakah yang bakal memimpin mereka.

SuFi

No comments: