Wednesday, August 1, 2012

Design banner untuk Ikatan Studi Islam UniKL BMI



Setelah sekian lama tidak design banner, selepas pertukaran pucuk pimpinan baru Ikatan Studi Islam akhirnya kembali semula untuk membantu dari luar setakat apa yang saya mampu. 

design by as-suff

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan kurniaan sedikit ilmu yang Allah beri ini iaitu mendesign  banner aktiviti dengan menggunakan Adobe Photoshop.


Muktamar (muhasabah) ISI UniKL BMI


Pertukaran pucuk pimpinan.
Presiden ISI 2010 & 2011 = as-suff Safwan
Presiden ISI 2012 = Muzamil


Takziyah = kerena memikul amanah yang sangat berat, dan akan 
dipersoal di padang mashyar kelak
Tahniah = kerana diberi peluang untuk berkhidmat membantu Islam 
dlm menyampaikn dakwah kpd warga kampus.


Semoga akan datang nanti akan ada pelapis-pelapis yang mahir dalam menggunakan software-software seperti ini di dalam membantu kerja-kerja dakwah ini. 


Saya berharap akan ada ahli-ahli yang berminat dan berusaha untuk mempelajarinya, kerana ilmu itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan pengorbanan. Berusahalah dan pelajarilah dari orang-orang yang mahir dan faqeh dalam bidang tersebut. 

InsyaAllah...

by as-suff

Ujian dari Allah...

"Tidak beriman seseorang itu selagi mana ia tidak diuji oleh Allah."

Sesungguhnya segala yang kita miliki di atas muka bumi ini adalah hak milik Allah, dan kita hanyalah dipinjamkan olehNya buat seketika, dan pada bila-bila masa sahaja Allah berhak untuk menarik balik apa yang di pinjamkan olehNya pada bila-bila masa sahaja.


Sesungguhnya, ujian yang paling sukar untuk dilalui oleh manusia adalah ketika 
di uji dengan kesenangan duniawi yang menyesatkan 
berbanding bila diuji dengan kesusahan. 
Ini kerana apabila kita berada di dalam kesusahan kita lebih mendekatkan, mengadu dan menagih simpati kepada Allah. 



Apabila senang, kita akan lebih mudah untuk melupakan dan jauh hanyut dengan dibuai oleh kesenangan dunia yang bersifat sementara ini. 

Semoga kita menjadi hamba yang bersyukur dikala senang mahupun susah...

by as-suff

Apa Tujuan Hidup Kita?

Firman Allah;
"Tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada-Ku"

Jelas sekali, ayat quran di atas menunjukan bahawa kita diciptakan oleh Allah tidak lain melainkan beribadah kepada Allah. 

Islam adalah ad-din atau satu cara hidup 

yang merangkumi dari segenap aspek kehidupan bermula dari kita bangun dari tidur hinggalah kita tidur semula. Semua perkara yang hendak kita lakukan ada doa-doa yang tertentu. Dan semuanya telah diberitahu kepada kita melalui ayat-ayat quran dan juga hadis-hadis Nabi. 

Jadi terpulang kepada kita sama ada hendak patuh atau ingkar bagi setiap arahan dan juga peringatan Allah itu. Tetapi mesti ingat bahawa pembalasan pasti tiba bagi setiap amal perbuatan kita sama ada amal kebajikan atau kemungkaran yang kita lakukan. 


Jadi yang mana satu pilihan kita?

BAHAGIA Dunia + SENGSARA akhirat      

SENGSARA Dunia + BAHAGIA akhirat      

SENGSARA Dunia + SENGSARA akhirat

BAHAGIA Dunia + BAHAGIA akhirat

Tepuk dada tanya IMAN, jangan tanya Aiman, sebab Aiman akan kata "Aiman tak kisah!"

by as-suff

Meniti hari-hari bergelar Mahasiswa Muslim

Telah lama sangat tidak diupdate blog ini...

Setelah hampir 3 tahun bergelar Mahasiswa Universiti Kuala Lumpur, British Malaysian Institute yang menuntut dalam bidang Bachelor Engineering Technology Electrical. Kini saya semakin hampir untuk mengakhirinya... 

Universiti Kuala Lumpur
British Malaysian Institute

Terasa masa yang berlalu terlalu pantas dan rasa tak puas untuk bergelar sebagai seorang Mahasiswa. Pelbagai kenangan dan peristiwa yang telah dilalui bersama-sama kawan-kawan sekuliah, sahabat-sahabat seperjuangan didalam persatuan Ikatan Studi Islam dan semua wagra kampus UniKL BMI. Sememangnya kenangan bersama anda semua adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak akan dapat saya lupakan dan akan sentiasa tersemat dalam lipatan sejarah hidup saya ini. 

Sememangnya kehidupan ini penuh dengan ranjau dan duri, penuh dengan dugaan, cabaran yang mesti dilalui oleh setiap manusia. Tetapi mestilah kita ingat bahawa, kehidupan yang sebenar adalah di Akhirat kelak yang mana itulah kehidupan yang kekal abadi sama ada syurga atau neraka. Manakala dunia ini hanyalah satu persinggahan dalam perjalanan kita menuju akhirat. Kita hanya mempunyai satu tempat persinggahan iaitu DUNIA. 

di tengah-tengah kesibukan Bukit Bintang manusia berlumba-lumba mengejar harta dunia.

Setiap yang apa kita buat didunia ini akan menjadi penentu bagi kehidupan kita yang seterusnya. Semoga Allah memberi kekuatan dan melindungi diri kita semua dari melakukan kekhilafan dan terus lena dengan mainan dan perhisan dunia yang menyesatkan.

Sekian, assalamualaikum.
by as-suff

Sunday, May 1, 2011

Selamat Menduduki peperiksaan....

Kepada semua mahasiswa UniKL selamat menduduki peperiksaan diucapkan...

Terutamanya UniKL BMI dan semua ahli Ikatan Studi Islam, (ISI UniKL BMI)

Semuga Allah memberkati usaha kalian dalam mencapai impian masing2.

Gunakanlah masa dan kesempatan yang ada ini, untuk mencapai kejayaan didunia dan seterusnya mengapai redha Ilahi untuk kehidupan di akhirat kelak...

InsyaAllah... Amin

Saturday, May 1, 2010

Minggu EXAM


Assalamualaikum.... Setelah lebih kurang 14 minggu penuh dengan class, lab, tutorial, phase test, lab report dan lain2 lagi, akhirnya tiba laaa
minggu FINAL EXAM.


Untuk semester ini, iaitu SEM 3 nii, antara subject yg ada final exam adalah
Engineering Math 3
Network Analysis

Electronic 2

Intro. to Microprocessor

Measurement and Instrumentation 1

Quran dan Sains moden

dan satu subject yg x der Exam
Technical Communication


Sepanjang minggu peperiksaan ini, pihak komuniti surau, UniKl BMI telah mengadakan solat hajat untuk memohon agar dipermudahkan untuk study, menjawab exam, dan seterusnya mendapat keputusan yg cemerlang. InsyaAllah...

Tetapi jgn la hanya mengingati Allah ketika susah sahaja... kerana sesungguhnya ketika kita senang, lagi laa dituntut untuk mensyukuri akan nikmat kesenangan tersebut.
Firman Allah:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kpd mu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-ku) maka sesungguhnya azabku sangat pedih" Ibrahim:7


Kita perlu saling beringat bahawa ketika mencari kesenangan dunia atau rahmat yang tidak kekal ini, kita jangan lupa untuk meraih kesenangan dan rahmat yang kekal di akhirat kelak...
pesanan untuk diri ini dan kepada semua pembaca...

Salam IMTIHAM... kepada semua
Sufi

Tuesday, March 2, 2010

Bersua kembali....

Asslamualaikum kepada semua blogger2....

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya update blog setelah sekian lama sibuk dengan study...

Setelah bergelar sebagai seorg mahasiswa semula (selepas cuti selama 6 bulan) seperti biasa kehidupan sebagai seorg mahasiswa banyak d habiskan untuk assignment, buat report, study for quiz, test, tutorial, exc. and ect.. (ye ker) tapi jgn lupa hubunggan kita dngan pencipta (Allah). disamping kita mengejar kejayaan duniawi hendaklah kita mencari dan menyediakan bekalan utk hari akhirat kelak dengan secukupnya.

Untuk pengetahuan kalian, kini saya menyambung study d UniKL BMI, gombak. Jika d entry sebelum ini, saya ada meminta pendapat saudara sekalian dimanakh tempat yang terbaik untuk saya menyambung pelajaran d antara 3 IPT yang mana permohonan saya d terima iaitu MMU, The University of Nottingham atau di UniKL BMI. akhirnya, setelah memikirkan kos-kos sara diri, penginapan dll dan yang penting iaitu scholarship yang akan menanggung semua yuran sepanjang tempoh pengajian, akhirnya saya memilih UniKL kerana ia dibawah Mara dan mengutamakan practical (ye ker.... ke sekadar iklan promosi jer) tp ia memang betul byk perkara dn benda baru yg saya pelajari disini..

walaupun d Unikl BMI ini, tempoh pengajiannya lebih panjang berbanding University of Nottingham tp ia tetap mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mungkin ada hikmahnya saya berada d sini dan bukan d university yang lain....

Doakan saya semoga dipermudahkan segala urusan pelajaran dan seterusnya dapat menlakar kejayaan yang cemerlang d peringkat degree ini dan seterusnya kejayaan d dunia dan d akhirat... InsyaAllah.....

That all for this entry....
Salam Maulidurrasul

DaNi

Saturday, December 12, 2009

Akhirnya KAHWIN jugak aku.....


dengan tajuk yang macam ini, waaaa..... boleh mendatang controversi....
hahahaha.....
meh, meh..... baca.

pada 12 Disember 2009 lepas, a.k.a semalam aku sekeluarga telah bertandang ke majlis perkahwinan AKU punya sepupu....
hehehe.... di muar.

setelah 3 tahun mereka bertunang, akhirnya berakhir juga ke jinjang pelamin. Tahniah aku ucapkan.... Selamat Pengantin Baru dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. dan semoga Allah kekalkan kebahagiaan mereka berdua setelah pelbagai pahit dan manis yang telah korang lalui selama ini...

tetapi bagaimana dengan akuuu.... ops... lambat lagi laaa nampaknya dan belum terlintas lagi untuk aku memikirkan semua ini.

tetapi setelah melihat saat2 akad nikah semalam, aku pulak merasa nervous nyerr... heeee..... punya laa ramai org tengok, tba2 pulak ada seorg pakcik ini yang sibuk menghulurkan mic. pehhh sumer yang dtg semalam menjadi saksi akad nikah nya... manataknyer juru nikah sampai lewat dlm pukul 11.00pg, then time tuu tetamu sudah mula tiba untuk jamuan makan dan majlis pernikahan bermula pada pukul 11.30 pg.

Maka ramai laa mendengar dan melihat majlis pernikahan itu berlangsung.

Kami sekeluarga tiba agak lambat dlm pukul 10.30 am
yee laaa, kalu nak d ikutkan sepatutnya kaum kerabat sedara mara dtg laa awal kan.
ehehehe...

sempat bergambar sebelum bertolak....


Pasangan pengantin ditengah-tengah.
sepupu aku adalah pengantin perempuan tuuu....




SuFi

bercuti di kampung...

entetan dari posting sebelum ini,dlm posting kali ini, ingin sangat sufi berkongsikan cerita yg pelik tapi benar... hahaha.... pada sabtu lepas (semalam) aku balik ke kampung d umah nenek yang tidak berapa jauh dari umah aku tak sampai 1km jerr.
huhuhu...


sedang bersiar2 aku terjumpa sebtg pokok papaya yang agak pelik buahnya kerana ia berbentuk bujur dan lonjong dan panjang dan tak gemuk.

hahaha.....
ni dier....

ni pokok nyeerr....

ke biasaannya buah betik berbentuk seperti ini
sedapnyerr.... buah betik kalu dah betul2 masak. manis rasanyaa....
sreeppp.... =)




SuFi

Tuesday, December 8, 2009

dEstinasi pErcutian

Assalamualaikum....
sememangnya menjadi kebiasaan pada musim cuti sekolah maka ramailah yang akan pergi bercuti. begitu juga dengan aku, masih mencari2 kemana destinasi yang akan di tujui untuk menghabiskan baki cuti sekolah pada tahun ini...
pada tahun ini aku sekeluarga bercuti agak lambat memandangkan adik aku mengambil peperiksaan SPM...
Any suggestion dari bloger sekalian, ke mana destinasi yang menarik d malaysia ini sempena menyokong kempen 'cuti2 malaysia'... and Safe budget.

Penang

Terengganu

Port dickson

or other place...

SuFi